Thursday, 31 July 2025

LULUS BANTUAN JKM UNTUK TERAPI SWASTA ANAK AUTISME

 Alhamdulillah....


Syukur beribu kali yana luahkan rasa di hati ini. Itulah kata2 pertama daripada yana setelah menerima berita keputusan permohonan bantuan subsidi JKM untuk terapi autisme anak yana. Keputusannya telah LULUS.

Pada beberapa bulan yg lalu, pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) telah mengeluarkan iklan untuk subsidi yuran pembelajaran kanak-kanak autisme. Seperti di bawah ini. 

Sebenarnya,yana ada seorang anak autisme. mild autisme, lelaki, kini berumur 7 tahun. dan sedang melanjutkan pelajaran ke sek PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) di salah sebuah sekolah kebangsaan di rinching semenyih.

Anak yana ini menerima terapi di hospital kerajaan. terapi di pusat swasta sangat jarang ikut kemampuan bajet yana. tetapi dengan adanya bantuan bantuan seperti ini. alhamdulillah dapat lah membantu yana untuk biayai terapi swasta.

Selain JKM, yana dapat tahu ada juga bantuan daripada pusat lain seperti pusat Zakat, KPM, bantuan ANIS dan lain2.

PPKI, PDK dan lain2 juga ada.

mungkin ada banyak lagi saluran lain yang boleh bantu anak istimewa kita ini. oleh itu, kita sendiri juga kena banyak explore dan cari maklumat penting.

Tips yang boleh yana share untuk ibu bapa yang ada ana autisme yang ingin memohon bantuan:

Bila dapat iklan tersebut, terus cari  mana2 pusat terapi swasta yg diiktiraf dan hubungi mereka. bertanyakan mereka berkenaan iklan bantuan ini, adakah saya boleh mohon bantuan ini untuk melanjutkan terapi anak di pusat mereka ini?

Jika boleh, pusat terapi tersebut akan memberikan maklumat yang diperlukan untuk permohonan bantuan tersebut. Dan seterusnya lengkapkan dan terus hantar permohonan.

Setelah lulus, pusat terapi tersebut akan memaklumkan anda jika permohonan bantuan kewangan tersebut lulus.


Sekian, harap maklum. semoga apa yang yana share kan kali ini bermanfaat buat pembaca-pembaca belog yana ini.

Sebarang pertanyaan berkenaan ini, boleh hubungi yana ya. 

Terima kasih kerana sudi singgah mentelaah blog yana ini ya.


Wassalam...


Friday, 27 May 2022

Sticker sandwich

Customer yana ni merangkap isteri kawan suami yana.
Akak ni dah banyak kali order sticker dan designnya dengan yana.
Syukur dan terima kasih banyak2 pada akak ni ^_^



Haa, kalau ada yang nak order sandwich atau menu2 masakan yang lain, boleh roger akk ni keyh. ada no tel di situ. Akak ni buat dari rumah je. Sumpah sedap masakan dia. Kalau duk jauh, akak ni boleh COD juga.

Nak order sticker? Boleh roger yana. Nak design pun boleh juga.
Bawah ni harga sticker sahaja tanpa caj design. Pape korang boleh tanya yana dulu ye.

STICKER LABEL
2sen/cmsq
(cmsq x kuantiti = total harga)